Shire plc, syarikat bioteknologi terulung dalam penyelidikan bagi penyakit jarang berlaku telah mula melaksanakan dasar penerbitan baru yang memerlukan penyerahan semua manuskrip penyelidikan yang ditaja oleh Shire kepada jurnal yang menawarkan polisi akses terbuka. Hal ini membolehkan orang ramai yang berminat dengan dapatan kajian yang ditulis oleh penyelidik tajaan Shire kini boleh memperoleh akses dalam talian tanpa batas, dengan kadar segera tanpa embargo. Dasar akses terbuka Shire ini telah berkuatkuasa pada 2 Januari 2018, dan telah diumumkan hari ini di 2018 European Meeting of International Society for Medical Publication Professionals (ISMPP) yang berlangsung di London, UK, 23-24 Januari.
Rujukan: –