MERANGKA PEMBANGUNAN PLATFORM SAINS TERBUKA (OPEN SCIENCE): PUSTAKAWAN DAN PENYELIDIK MALAYSIA SEDANG BERSIAP SEDIA MENGGALAS TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN BAHARU (SIRI 1)

Oleh: Muhammad Akmal Ahmat, Pustakawan Universiti Sains Malaysia

 

Dunia kini semakin jelas atas kepentingan untuk membangunkan platform Sains Terbuka (Open Science). Namun, ianya bukan suatu jalan yang mudah dilakukan. Misalnya di benua Eropah, hasil desakan aktivis-aktivis hak asasi manusia yang memperjuangkan keperluan Sains Terbuka sejak awal tahun 2000an lamanya; akhirnya pada tahun 2017 barulah Sains Terbuka diterima dan mendapat perhatian beberapa ahli politik dan ahli parlimen di benua Eropah itu sendiri. Mereka yang berkuasa itu mulai sedar apabila wujudnya bukti-bukti jelas Sains Terbuka adalah sumber rutin penting kepada masyarakat selain daripada air, makanan, tenaga, dan rangkaian internet. Pada asasnya, Sains Terbuka dibangkitkan berikutan isu-isu pertikaian masyarakat terhadap perbelanjaan dana awam yang diamanahkan kepada kerajaan untuk diuruskan. Isu ketelusan dalam aktiviti penyelidikan yang ditanggung dana awam menjadi isu hangat di negara-negara Eropah. Dana awam yang digunakan untuk penyelidikan sepatutnya  dikembalikan kepada masyarakat dalam bentuk akses terbuka; tapi malangnya, ianya tidak dilakukan dengan betul sejak sekian lamanya. Aktivis-aktivis di negara-negara Eropah mendesak ketelusan perbelanjaan kerajaan diperbaiki dengan lebih serius supaya manfaat aktiviti penyelidikan dapat digunakan sebaik mungkin bersama-sama tanpa sebarang halangan. Namun begitu, penerbitan dan data penyelidikan pula masih kurang terbuka. Ditambah pula, masyarakat terpaksa bayar harga yang sangat mahal untuk mengakses bahan-bahan seperti artikel dan data penyelidikan yang dijanakan daripada dana awam; sudah tentu ianya tampak merugikan pelaburan dari hasil cukai rakyat itu sendiri.

Sumber: https://www.slideshare.net/OpenAIRE_eu/open-science-building-technical-and-social-bridges-in-the-era-of-the-european-open-science-cloud

Atas dasar dan keperluan tersebut sejak tahun 2017 platform Sains Terbuka di negara-negara Eropah telah dibangunkan dengan sistematik dan teratur dibawah kuasa-kuasa perundangan dan eksekutif kerajaan. Keterlibatan secara langsung dan tidak langsung dalam membangunkan platform Sains Terbuka bukan sahaja melibatkan para saintis sahaja. Malah, ianya telah melibatkan semua golongan masyarakat di benua Eropah yang terdiri daripada pelbagai warga profesional dan bukan profesional di semua peringkat agensi-agensi kerajaan dan swasta termasuk juga Perpustakaan. Hal ini kerana masyarakat benua Eropah menganggap isu Sains Terbuka adalah salah satu aspek hak asasi manusia yang sangat penting untuk dibangunkan tanpa perlu dibantah oleh mana-mana pihak. Atas sokongan tidak berbelah bahagi itu, Parlimen Kesatuan Eropah telah meluluskan sejumlah besar dana pelaburan dalam membangunkan platform Sains Terbuka ini. Ianya melibatkan pelaburan membangunkan sistem teknologi pengkomputeran berprestasi tinggi yang dinamakan sebagai European Open Science Cloud (EOSC). Projek EOSC ini telah menelan belanja sejumlah Euro €300 juta termasuk dalam hal melaksanakan projek perintis data FAIR (Findability, Accessibility, Interoperability, & Reusability) yang selari dengan keperluan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Projek EOSC juga dilaksanakan bersama dengan program Horizon 2020. Program Horizon 2020 ini adalah berkaitan dengan kerangka pelan pembangunan ke-lapan (8) benua Eropah dari segi penyelidikan, pengembangan teknologi, dan inovasi. Kedua-dua projek dan program tersebut sedang dikelolakan dibawah agensi-agensi European Commission, kerajaan eksekutif Kesatuan Eropah.

Di Malaysia, pada 30 Mac 2020 yang lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Yang Berhormat (YB) Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan dengan jelas komitmen kerajaan untuk memperkasakan pendekatan santifik yang lebih meluas. Pendekatan tersebut menuntut perubahan terhadap sosial, tingkah laku dan akses data saintis. Ianya dikatakan dapat membantu memulihkan negara dari serangan pandemik COVID-19 dan dijangka juga negara dapat membangunkan inovasi teknologi yang lebih baik pada masa akan datang. Perkara ini juga diambil perhatian serius oleh 77 menteri dan setiausaha kerajaan yang mewakili 122 negara dan wakil organisasi antarabangsa. Wakil-wakil negara tersebut membincangkan perkara terbabit semasa sesi Dialog Maya Menteri-Menteri Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengenai COVID-19 dan Sains Terbuka yang telah berlangsung pada hari yang sama. Sesi perbincangan tersebut ada juga menekankan keperluan segera banyak negara untuk terlibat sama mewujudkan platform atau pusat simpanan penyelidikan, perubatan dan inovasi teknologi yang lebih terbuka

Kemudian, pada 5 Ogos 2020 ketika sesi penggulungan MOSTI sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen bagi perbahasan menjunjung kasih ke atas titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YB Khairy Jamaluddin telah menyebut tentang komitmen Kerajaan Malaysia untuk meneruskan permerkasaan inisiatif-inisiatif dibawah sektor-sektor seperti Sektor Sains Teknologi dan Inovasi (STI), Sektor Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) dan Sektor Pengurusan yang telah diwartakan pada bulan Februari 2020 yang lalu.  Inisitaif-inisiatif tersebut memfokuskan impak kepada rakyat dalam bidang keutamaan negara iaitu tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim, serta pembangunan sosio ekonomi negara dan bersifat inklusif. Menjadi tumpuan dibawah PSA terdapat satu inisiatif diperkenalkan untuk memperkasakan platform kolaborasi strategik yang dinamakan sebagai Malaysia Open Science Platform (MOSP).

Sumber: Facebook Khairy Jamaluddin

MOSP sebenarnya telah mula dilaksanakan pada tahun 8 November 2019. Ketika itu, pelancaran inisiatif dilakukan oleh menteri lantikan kerajaan terdahulu iaitu YB Yeo Bee Yin. MOSP juga dibangunkan dengan tujuan sebagai platform yang mengangkat prinsip-prinsip “making research data Findable, Accessible, Interoperable and Reusable (FAIR)” dan pelan tindakan menyokong bersama Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) 2030, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ianya juga adalah satu langkah yang proaktif dan pemangkin ke arah perkongsian data penyelidik yang sistematik, dipercayai dan selamat untuk manfaat semua pihak.

Menerusi agensi pelaksana Akademi Sains Malaysia (ASM) yang merupakan agensi penting MOSTI (dahulu dibawah MESTECC) beberapa usaha pembangunan MOSP diperingkat pengelolaan dan pentadbiran kerajaan sedang dirangka dan dijangka akan dimuktamadkan pada akhir tahun 2021.

Buat masa ini, penglibatan projek MOSP melibatkan beberapa agensi kerajaan, badan berkanun dan industri yang terpilih yang kemudian dimaktubkan melalui perikatan agensi kerajaan yang dikenali sebagai Malaysia Open Science Alliance (MOSA). Walaupun penyertaan MOSA buat masa ini adalah terhad; namun, keahlian agensi-agensi yang terlibat akan dijangka bertambah daripada semasa ke semasa. MOSA telah dipertanggungjawab mengadakan beberapa kajian, program, pertemuan dan aktiviti dengan pemegang-pemegang taruh yang menghasilkan dan memiliki penerbitan dan data penyelidikan-penyelidikan di seluruh Malaysia ini. Antaranya ialah memperkenalkan inisiatif perintis dengan lima unversiti penyelidikan (RU) melalui 3 fokus bidang iaitu:-

  1. Pembangunan polisi dan garis panduan
  2. Pembangunan kapasiti dan kesedaran
  3. Pembangunan infrastruktur

Sehingga kini, ASM dan MOSA juga telah melaksanakan perkara-perkara berikut:-

  1. Mengadakan Open Science Forum for Asia and the Pacific Region pada 13 Februari 2020 bagi mengumpulkan dan mendapatkan sokongan serta kerjasama tentang dasar Sains Terbuka untuk bidang penyelidikan sains dan teknologi dari kalangan pemegang-pemegang taruh di rantau Asia Pasifik, dan mengeluarkan kenyataan persetujuan bersama.
  2. Mengadakan Dialogue on Open Science di Universiti Malaya pada 14 February 2020 bagi merungkai kaedah dan cara membangunkan platform Sains Terbuka dengan lebih sistematik dan teratur secara teknikal, perundangan, dan pentadbiran kerajaan.
  3. Menjalankan kajian landskap dan dua kaji selidik dalam talian mengenai Sains Terbuka di Malaysia. Satu, untuk perspektif penyelidik dan kedua adalah untuk perspektif pustakawan.
  4. Mengadakan beberapa siri Stakeholder Engagement Workshop dengan pemegang-pemegang taruh agensi-agensi berkaitan dengan aktiviti penyelidikan bagi mendapatkan maklumbalas terus tentang persepsi dan pandangan Sains Terbuka.
  5. Melaksanakan inisiatif melatih data steward dan saintis data seramai 12 orang dan 50 orang lagi yang terdiri daripada penyelidik-penyelidik dan pustakawan-pustakawan terpilih sehingga pada penghujung tahun ini yang berperanan untuk mengurus tadbir data penyelidikan di seluruh Malaysia.
  6. Melaksana penganjuran bengkel pembangunan polisi Sains Terbuka.
  7. Melaksanakan pembangunan modul latihan untuk pembangunan kompetensi Sains Terbuka.
  8. dan lain-lain aktiviti pembangunan Sains Terbuka.

 

Secara keseluruhan, pembangunan sains terbuka yang melibatkan penyelidik-penyelidik dan pustakawan-pustakawan Malaysia sedang pesat dibangunkan. Terdapat banyak fasa pembangunan yang perlu dilalui. Ianya masih terlalu awal untuk mengatakan Malaysia sudah berjaya melaksanakan Sains Terbuka. Walaubagaimanapun, marilah kita menyokong usaha dan inisiatif membangunkan Sains Terbuka ini agar masyarakat secara umum dapat memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan negara dengan lebih meluas terutama dalam menangani isu-isu berita palsu terutama berkaitan bidang sains yang semakin berleluasa kini. Semua pihak dijemput untuk sentiasa mengemas kini dan mengikuti rapat perkembangan Sains Terbuka di Malaysia melalui paparan-paparan maklumat berkaitan MOSP ini. Ianya boleh didapati melalui laman web dan laman Facebook MOSP. URLs:-

 

  1. https://www.akademisains.gov.my/mosp/
  2. https://www.facebook.com/Malaysia-Open-Science-Platform-104128534575340/

 

Rujukan:-

Belluz, J. (2015, January 10). Taxpayers spend $140 billion funding science each year — but can’t access many of the results. Vox. https://www.vox.com/2015/1/10/7522713/open-access

Broader scientific approach needed to prepare for next pandemic – Khairy. (2020, March 31). Astro Awani. https://english.astroawani.com/malaysia-news/broader-scientific-approach-needed-prepare-next-pandemic-khairy-236030

Dewan Rakyat: sesi penggulungan MOSTI sidang Parlimen ke empat belas penggal ketiga mesyuarat kedua [Video]. (2020, August 5). Facebook Watch. https://www.facebook.com/watch/?v=311334880060936

Dockrill, P. (2018, September 15). 11 EU nations just kicked off a plan to make public science free for all of us. ScienceAlert. https://www.sciencealert.com/europe-accelerates-sweeping-overhaul-make-all-science-free-2020-open-access-coalition-plan-s

European open science cloud (EOSC). (2018). European Commission. https://ec.europa.eu/research/openscience/index.cfm?pg=open-science-cloud

Malaysia open science platform (MOSP) – Charting the way forward for Malaysia open science. (n.d.). ASM – Academy of Sciences Malaysia – Think Sciences. Celebrate Technology. Inspire Innovation. https://www.akademisains.gov.my/mosp/

MESTECC. (2020). Siaran media: MESTECC meneruskan kesinambungan Pencapaian 2019 dengan melancarkan 130 inisiatif MESTECC 2020: Kuasai. Laksana. Ungguli. https://www.mosti.gov.my/web/wp-content/uploads/2020/02/11-Februari-2020-MESTECC-Meneruskan-Kesinambungan-Pencapaian-2019-Dengan-Melancarkan-130-Inisiatif-MESTECC-2020-Kuasai.-Laksana.-Ungguli.pdf

Open science in the newly adopted law on science and research in Serbia. (2019, July 16). OpenAIRE. https://www.openaire.eu/blogs/open-science-in-the-newly-adopted-law-on-science-and-research-in-serbia

UNESCO hosted a virtual ministerial dialogue on COVID-19 and open science. (2020, April 1). UNESCO. https://en.unesco.org/news/unesco-hosted-virtual-ministerial-dialogue-covid-19-and-open-science

 

Advertisement

Akademi Sains Malaysia successfully organized Open Science Forum for Asia and the Pacific Region

Due to Malaysia Open Science Platform [MOSP] Initiative in conjunction with 15th APEC’s Policy Partnership for Science, Technology and Innovation [PPSTI] Meeting, on 13 February 2020 the Akademi Sains Malaysia has been organized The Open Science Forum for Asia and the Pacific Region. The Forum featured distinguished panel members that well known about Open Science.

The keynote speech was delivered by Dr Ismail Serageldin. He is Emeritus Librarian of Alexandria and also well known as Founding Director of the Bibliotheca Alexandrina (BA).

 

One of the most important key points that he highlighted about Open Science is that Open Science will be fundamental to the realization of the SDGs (Sustainable Development Goals). This show that, Open Science is a major movement for sustainability.

The program also involved other speakers that were:-

  • Professor Emerita Dato’ Seri Dr Mazlan Othman FASc
  • Professor Dr Barend Mons
  • Professor Shahbaz Khan
  • Dr Ross Wilkinson
  • Mr Simon Goudie
  • Dr Michael Keenan
  • Mr Leju Ma
  • Dr Ai Sugiura
  • Ms Christina Schonleber
  • Professor Dr Noorsaadah Abdul Rahman FASc

The contents of program are as follows:-

 

On the other hand, on 14 February 2020 there is also a continuous event called as Dialogue on Open Science. the dialog program consists this details.

 

 

This dialogue were featured Professor Dr Barend Mons and Dr Ross Wilkinson as a panels.

Malaysia Open Science Platform had launched!

Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC) and the Academy of Sciences Malaysia (ASM) – Akademi Sains Malaysia successfully launched two initiatives called Malaysian Collaborative Network Platform for Disruptive Innovation (I-CONNECT) and Malaysia Open Science Platform (MOSP). Here the details.

URL:

  1. https://www.alphacatalyst.com/blog-news/charting-a-new-path-for-innovation-malaysia-open-science-platform-mosp-7th-november-2019
  2. https://www.akademisains.gov.my/?mdocs-file=1462
  3. http://www.bernama.com/en/news.php?id=1787303
  4. https://www.akademisains.gov.my/initiatives/i-connect-mosp/

Shire plc, syarikat bioteknologi terulung dalam penyelidikan bagi penyakit jarang berlaku menyokong Open Access

Shire plc, syarikat bioteknologi terulung dalam penyelidikan bagi penyakit jarang berlaku telah mula melaksanakan dasar penerbitan baru yang memerlukan penyerahan semua manuskrip penyelidikan yang ditaja oleh Shire kepada jurnal yang menawarkan polisi akses terbuka. Hal ini membolehkan orang ramai  yang berminat dengan dapatan kajian yang ditulis oleh penyelidik tajaan Shire kini boleh memperoleh akses dalam talian tanpa batas, dengan kadar segera tanpa embargo. Dasar akses terbuka Shire ini telah berkuatkuasa pada 2 Januari 2018, dan telah diumumkan hari ini di 2018 European Meeting of International Society for Medical Publication Professionals (ISMPP)  yang berlangsung di London, UK, 23-24 Januari.

Rujukan: –

  1.  https://globenewswire.com/news-release/2018/01/23/1299286/0/en/Shire-Continues-to-Uphold-High-Standards-of-Ethics-and-Transparency-with-Adoption-of-Open-Access-Policy-for-Publication-of-Shire-Supported-Research.html

Scholarly Publication is making a lot of profit business

Dr K S Parthasarathy commented that in one of the the-scientist.com post;

“It is appropriate that the cost of publicaion of research articles and related matters are being addressed widely in many countries.

In this context, Dr Chuck Dinerstein recently wrote an informative article titled “Publishing Science -an Extremely Profitable Marketting System”

The link: http://www.acsh.org/news/2017/07/11/publishing-science-extremely-profitable-marketing-system-11532

The cost of publishing will be beyond the reach of institutions in developing countries. Is it possible to have a universally agreed formula which ensures reasonable profits for the publishers and fair cost for the researchers.Even under best of circumstances, developing countries may need some compassion and sympathetic considerstion.”

 

Pemimpin Eropah bersatu memperkasakan Open Access menjelang tahun 2020

Pemimpin Kesatuan Eropah telah sebulat suara bersetuju meletakkan sasaran bahawa kesemua artikel ilmiah yang ditulis oleh penyelidik Eropah boleh diakses secara percuma menjelang tahun 2020.

sumber : http://www.sciencemag.org/news/2016/05/dramatic-statement-european-leaders-call-immediate-open-access-all-scientific-papers

FOSTER project embark the success of Open Science initiative

Currently in Europe, there have been new project called FOSTER. FOSTER (Facilitate Open Science Training for European Research) is a European Commission funded project that developed an e-learning portal to support the training of a wide range of stakeholders in Open Science and related areas. The stakeholders – grant funders, policy makers, researchers, administrators, librarians and repository managers are able to learn about Open Science via e learning portal and taxonomy.

Refer:

  1. http://libeprints.open.ac.uk/44719/2/kmi_foster_iknow.pdf
  2. http://lj.libraryjournal.com/2016/03/oa/welcome-to-science-2-0-open-access-in-action/