Scholarly Publication is making a lot of profit business

Dr K S Parthasarathy commented that in one of the the-scientist.com post;

“It is appropriate that the cost of publicaion of research articles and related matters are being addressed widely in many countries.

In this context, Dr Chuck Dinerstein recently wrote an informative article titled “Publishing Science -an Extremely Profitable Marketting System”

The link: http://www.acsh.org/news/2017/07/11/publishing-science-extremely-profitable-marketing-system-11532

The cost of publishing will be beyond the reach of institutions in developing countries. Is it possible to have a universally agreed formula which ensures reasonable profits for the publishers and fair cost for the researchers.Even under best of circumstances, developing countries may need some compassion and sympathetic considerstion.”

 

Advertisements

Pasukan Khas Bersama Persatuan Perpustakaan mewartakan profil kompetensi Pustakawan untuk menyokong perkhidmatan “Research Data Management, Scholarly Communication, & Open Access”

The Association of Research Libraries (ARL), the Canadian Association of Research Libraries (CARL), the Association of European Research Libraries (LIBER), dan  Confederation of Open Access Repositories (COAR) telah menubuhkan Pasukan Petugas bersama untuk mengkaji segmen-segmen kompetensi yang perlu ada pada seseorang Pustakawan bagi menyokong perkhidmatan e-penyelidikan dan penerbitan ilmiah.

Dalam segmen kompetensi, Pustakawan hendaklah menyokong perkhidmatan Open Access dengan perkara-perkara seperti berikut:-

  1. Menawarkan perkhidmatan sokongan fasiliti kepada penyelidik yang hendak menerbitkan naskah artikel di jurnal Open Access dan/atau menerbitkan buku dan lain-lain platform (contoh akhbar universiti jika ada).
  2. Menyediakan perkhidmatan sokongan sistem Repositori Institusi agar proses penyerahan dan akses artikel/manuskrip versi “pre print, post print, published” dapat dijalankan.
  3. Menyediakan khidmat nasihat dan panduan mengenai hak cipta dan pemilihan jurnal OA berautentik.
  4. Menyediakan kemudahan yang boleh membantu proses penilaian kualiti dan mengesan impak bahan kesarjanaan, daripada kaedah konvensional bibliometriks sedia ada kepada kaedah baru altmetrics.
  5. Membangunkan pelbagai inisiatif yang boleh menggalakkan fakulti/pusat pengajian mahir menguruskan pelbagai isu hak cipta dan akses bahan penyelidikan yang telah diterbitkan.
  6. Memasarkan dan mempromosi  gerak kerja Open Access di dalam dan luar kampus.
  7. Bekerjasama dengan jabatan/unit pembangunan koleksi untuk membangunkan dan menyelenggara dana penerbitan, keahlian OA di syarikat penerbit, dan klausa-klausa perjanjian/perlesenan.
  8. Menyokong dan memberi latihan kepada penyelidik berkaitan dengan isu-isu penerbitan ilmiah.

Rujukan.

  1. URL: http://www.arl.org/news/arl-news/4043-librarian-competencies-in-support-of-research-data-management-scholarly-communication-open-access#.V2IdLNJ97cv
  2. URL: https://www.coar-repositories.org/activities/support-and-training/task-force-competencies/

Penerbit Jurnal Open Access menjadi pilihan utama penyelidik Smithsonian Institution

Smithsonian Institution berjaya menyakinkan penyelidiknya memilih jurnal Open Access sebagai platform untuk menerbitkan artikel ilmiah mereka. Ini kejayaan bagi advokator open access di organisasi tersebut. Tahniah. url: http://blog.library.si.edu/2015/05/published-open-access-papers-set-to-increase-soon/ url: http://www.infodocket.com/2015/05/27/authors-from-the-smithsonian-institution-are-increasingly-publishing-open-access-articles-and-reports/