Istilah ‘Serial Crisis’ telah wujud di dalam dunia kepustakawanan apabila harga langganan jurnal meningkat dari tahun ke tahun dan pada waktu sama bajet untuk Perpustakaan kekal statik dengan jumlah sama sehingga menyebabkan bebanan kewangan. Ketika ini, Pustakawan di dalam dilema untuk terus membantu pelanggan dalam menyediakan akses jurnal sedia ada. Pustakawan terpaksa membatalkan beberapa pakej langganan pangkalan data yang mengandungi judul-judul jurnal akademik disebabkan kekangan dana. Bagi meneruskan kelangsungan pengaksesan kandungan (access content) artikel-artikel jurnal, Perpustakaan dan penerbit jurnal sering berbalah tentang sistem langganan yang ditawarkan. Perpustakaan mahu penerbit tidak menaikkan kos langganan sewenang-wenangnya manakala penerbit mahu Perpustakaan menurut sahaja sistem yang telah diperkenalkan.
Revolusi Open Access yang diperjuangkan oleh beberapa golongan penyelidik akademik telah berjaya menekan kemahuan penerbit supaya tidak terus berpegang dengan sistem komersialnya. Akhirnya, kini kebanyakan penerbit jurnal komersial terpaksa akur mengikut trend menerbitkan artikel ilmiah dalam platform Open Access. Penerbit telah memperkenalkan beberapa sisipan open access kepada setiap judul jurnal yang dimiliki. Akan tetapi, beberapa terma dan syarat masih perlu dipatuhi oleh pelanggan (subscriber)
Rujukan:
1. Panitch, J. M., & Michalak, S. (2005). The serials crisis: a white paper for the UNC-Chapel Hill Scholarly Communications Convocation. Chapel Hill, NC: University of North Carolina. Retrieved, 3(17), 2006.
2. McGuigan, G. S. (2004). Publishing perils in academe: The serials crisis and the economics of the academic journal publishing industry. Journal of Business & Finance Librarianship, 10(1), 13-26.
3.Van de Sompel, H., Payette, S., Erickson, J., Lagoze, C., & Warner, S. (2004). Rethinking scholarly communication. D-Lib Magazine, 10(9), 1082-9873.
Post by Muhammad Akmal Ahmat